Dijaya Corporation Berhad - Logo
Dijaya Corporation Berhad
Dijaya Corporation Berhad - Media Centre
Dijaya Future Launches

Please register with us for all our future launches
     
 
Dijaya Corporation Berhad - Register Now
 
     
     
     
 
From The Press Year 2009
From The Press
Click here to view original article
Click here to view online article
 

Jalan tak dapat dibuka semula

Berita Harian , 2 December 2009

 

PETALING JAYA: Arahan pembukaan semula Jalan Tanjung Bandar Utama (JTBU) dekat sini yang ditutup sejak 16 November lalu tidak dapat dilakukan, kelmarin, selepas pemilik tanah, Bandar Utama City Corporation (BUCC) disaman Persatuan Penduduk Bandar Utama (Bura), pada hari sama.

Selain BUCC, turut disaman Bura ialah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Dua jentolak dilihat sudah bersiap sedia bagi membuka laluan itu pada jam 9.40 malam kelmarin seperti diarahkan kerajaan negeri, bagaimanapun terpaksa menghentikan apabila dimaklumkan persatuan penduduk sudah mendapat injunksi mahkamah bagi menghalang JTBU dibuka semula.

Khamis lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mengarahkan JTBU dibuka semula kepada laluan awam selepas ia ditutup kira-kira dua minggu.

Pengurus Hal Ehwal Awam BUCC, Paul Fernandez, berkata mereka dinasihatkan Menteri Besar untuk menangguhkan pembukaan jalan memandangkan BUCC dan MBPJ diarah menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, 8 Disember ini.

“Kalau anda lihat, kami sudah bersedia membuka semula laluan JTBU, kelmarin, berdasarkan arahan Khalid, bagaimanapun sebaik mengetahui saman difailkan Bura, beliau menasihatkan supaya ia ditangguhkan buat sementara waktu.” katanya ketika ditemui bersama wakil MBPJ yang turut berada di situ.

Laluan JTBU membabitkan kawasan seluas 800 meter kaki persegi menjadi perdebatan apabila pemilik, BUCC berhasrat mengubahnya kepada laluan sehala pada 20 November ini, sebelum ditutup sepenuhnya pada Mei tahun depan.

 
 
 
Dijaya Corporation Berhad