Get Adobe Flash player
 
register

Click here to view original article
Click here to view online article
 

11,000 penduduk bantah penutupan jalan susur

Berita Harian , 11 November 2009

 

PETALING JAYA: Lebih 11,000 penduduk di Zon Empat Petaling Jaya hari ini menghantar petisyen bantahan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhubung penutupan kekal jalan susur keluar/masuk ke Lebuh Bandar Utama, Jalan Tropicana Utara mulai 20 November ini oleh pemilik, Bandar Utama City Corporation Sdn Bhd (BUCC).

Penduduk dari 19 kawasan Zon Empat Petaling Jaya yang meliputi kawasan Sunway Damansara, Tropicana dan Kota Damansara berkata, keputusan BUCC itu bakal membawa implikasi serius kepada lebih 20,000 pengguna jalan raya itu setiap hari apabila mereka terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Menentang Penutupan Jalan Tanjung Bandar Utama, Mohamed Shukri Mohamed Zain, berkata jika BUCC menutup jalan seluas 800 meter persegi itu, penduduk sekitar dan pengguna jalan raya terpaksa melalui jalan alternatif iaitu Jalan Persiaran Tropicana, Persiaran Damansara Indah dan Persiaran Surian untuk ke Bandar Utama.

"Kami sudah menggunakan Jalan Tropicana Utara ini sejak 13 tahun yang lalu dan sekiranya ditutup, perjalanan yang kebiasaannya mengambil masa 15 minit, akan menjadi satu jam kerana keadaan lalu lintas yang sememangnya sudah sesak di situ.

"Kami merayu supaya Datuk Bandar Petaling Jaya dapat mengambil tindakan membatalkan cadangan BBUC untuk menukar aliran trafik kepada laluan sehala di kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas menghantar petisyen bantahan penduduk kepada Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Puasa Md Taib, di sini hari ini.

Malah, katanya, penutupan jalan itu juga bakal memberi kesan buruk dan membahayakan keselamatan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Damansara yang terletak di Jalan Tropicana Utara dan Sekolah Kebangsaan Tropicana di Jalan Tropicana Selatan akibat pertambahan bilangan lalu lintas.

Pada 28 Ogos lalu, BUCC telah memberi notis penutupan jalan tersebut dalam tempoh 14 hari kepada Tropicana Golf & Country Resort Berhad.

 
 
About Dijaya
About Us
Our Brands
Our Businesses
Corporate Structure
Our Mission Statement
Our Business Principles
Board of Directors
Milestone and Awards
Customer Loyalty & Services
Dijaya Tropicana Foundation
Careers with Dijaya
 
Our Projects
Northern
Central
Southern
East Malaysia
 
Investor Relations
Stock Information
Announcements
Analyst Reports
Annual Reports
Quarterly Reports
Financial Highlights
 
Media Centre
From the Press
Dijaya Newsletter
Tropicana Newsletter
Dijaya Magazine
Events @ Dijaya
Events @ Tropicana Golf and Country Resort
Events @ Tropicana City Mall
 
Tools and FAQ
Dijaya Loan Calculator
Future Launches Registration
Foreign Investment
Tropicana Golf and Country Resort
Tropicana City Mall
 
Contact Us
Mailing Address
Online Enquiry